widgeo

Khamis, Jun 25, 2009

From Laman Web Kementerian Kesihatan NBD (www.moh.gov.bn)

Dalam usaha bagi memantau dan menangani Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan hari ini memberikan sebanyak 1,000 thermometer dan 10,000 mask kepada pihak sekolah-sekolah di seluruh negara (25hb Jun). Disamping itu taklimat kepada pengetua dan guru besar diadakan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang jangkitan Influenza A (H1N1) terutamanya langkah-langkah pemantauan dan pencegahan. Penyerahan perbekalan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan kepada Yang Mulia Awang Haji Mohd Daud bin Hj Mahmud, Setiusaha Tetap Kementerian Pendidikan dan Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Hj Abd Manap, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Thermometer berkenaan adalah untuk kegunaan para guru-guru memeriksa suhu badan semua penuntut-penuntut sebelum masuk ke kawasan sekolah atau sebelum memulakan kelas. Jika terdapat penuntut yang mempunyai tanda-tanda penyakit batuk selesma atau demam panas, guru-guru akan:
  • Memakaikan mask/penutup mulut kepada penuntut yang sakit

  • Ibu-bapa atau penjaga penuntut akan dihubungi untuk membawa anak mereka bagi mendapatkan rawata segera di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan

  • Menasihati Ibu-bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah, jika mempunyai tanda-tanda penyakit demam panas dan batuk selsema.

Antara kandungan taklimat ialah mengenai Influenza A (H1N1), situasi sejagat (Laporan terkini), situasi dalam negera, penekanan kebersihan diri dan kebersihan di persekitaran sekolah, pengamalan mencuci tangan dan cara penggunaan thermometer.

Dalam pada itu, orang ramai perlu memberikan kerjasama dengan mematuhi nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan seperti:

  • Mengelakkan atau menangguhkan perjalanan terutamanya ke kawasan-kawasan yang terjejas. Segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit, terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

  • Mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial (“social interaction”) di khalayak ramai selama tujuh hari selepas pulang dari luar negeri.

  • Mengambil langkah-langkah kewaspadaan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, terutama sekali semasa berkunjung ke negara-negara lain.